Kingdom of Thailand

Thailand (Jawi: ‏تايلاند‎‎, Bahasa Thai: ประเทศไทย prathet Thai), Negara Thai (Jawi: ‏نڬارا تهاي‎‎)[8] atau secara rasminya Kerajaan Thai (Jawi: ‏کراجاءن تاي‎‎ atau کراجاءن تهاي‎, Bahasa Thai: ราชอาณาจักรไทย; daaahulunya Siam, Jawi: ‏سيام‎‎, Bahasa Thai: สยาม; sebelum 1939 & 1946-1948) merupakan sebuah negara terletak dalam tengah semenanjung Indochina di Asia Tenggara; ia bersempadan dengan Myanmar di barat laut, Laos dan Kemboja di timur, Teluk Thailand dan Malaysia di selatan, dan Laut Andaman di barat. Sempadan lautnya termasuk Vietnam di tenggara dalam Teluk Thailand, dan Indonesia dan India di barat daya dalam Laut Andaman. Ibu negara dan bandar terbesarnya Bangkok[9][10][11]. Dengan kira-kira 69 juta orang, Thailand merupakan negara ke-20 paling ramai penduduk di dunia.Orang Thai berhijrah dari China barat daya ke tanah besar Asia Tenggara selama berabad-abad lamanya. Sebutan yang paling awal diketahui akan kehadiran mereka di rantau terbabit dengan eksonim Siam terdapat pada prasasti abad ke-12 di kompleks kuil Khmer Angkor Wat di Kemboja yang menyebut orang "syam" atau "perang tua". Kawasan itu pernah dikuasai oleh pelbagai negeri keindiaan seperti kerajaan-kerajaan Mon, Empayar Khmer dan negeri-negeri Melayu, bersaing dengan negeri-negeri Thai seperti Ngoenyang, Sukhothai, Kerajaan Chiang Mai, Lan Na dan Ayutthaya yang juga saling melawan. Orang Eropah tiba pada abad ke-16, bermula dengan misi diplomatik Portugis ke Ayutthaya pada 1511. Abad-abad berikutnya menyaksikan pelbagai kuasa penjajah Eropah merebut wilayah di kawasan Indocina, di mana Thailand kehilangan banyak wilayah kepada Perancis dan British tetapi kekal sebagai satu-satunya negara Asia Tenggara yang terselamat dari penjajahan. Mulai pemerintahan Raja Rama IV pada pertengahan abad ke-19, Thailand menjalankan kempen memodenkan bangsa sejajar dengan piawaian Barat. Ini membawa kepada peralihan daripada pemerintahan raja multak kepada raja berperlembagaan pada 1932. Namun 60 tahun berikutnya menyaksikan pemerintahan tentera dan demokrasi bersilih ganti, dengan rampasan kuasa terbaru pada Mei 2014.Dengan tahap pembangunan insan yang tinggi, Thailand digolongkan sebagai negara industri baru yang amat bergantung pada eksport, terutamanya jentera-jentera, elektronik, barang makanan, dan alat-alat kereta. Perkilangan, pertanian, dan pelancongan merupakan sektor teraju ekonomi.[12][13] Ekonominya merupakan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan yang ke-20 terbesar di dunia dari segi keluaran dalam negeri kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli. Thailand dikira kuasa serantau Asia Tenggara dan "kuasa tengah" dalam hal-ehwal dunia.[14]

Kingdom of Thailand

• Anggaran 2021 Templat:IncreaseNeutral 69,950,850 orang[3] (ke-22)
• Bancian 2010 64,785,909[4] (ke-21)
Zon masa UTC+7
• kerajaan Ayutthaya 1350–1767
HDI (2019) ▲ 0.777[7]
tinggi · ke-79
• Raja Maha Vajiralongkorn
• Kepadatan 132.1/km2 (342.1/sq mi) (ke-88)
Kod ISO 3166 TH
DPT Internet .th
Bahasa rasmi bahasa Thai[1]
Kerajaan Raja Berperlembagaan
KDNK (PPP) Anggaran 2021 
Mata wang Baht (฿) (THB)
• kerajaan Ratanakosin 7 April 1782
• Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha
• Musim panas (DST) UTC+7
• kerajaan Thonburi 1767 ke 7 April 1782
Bahasa tuturan
• Per kapita ▲ $7,674[5] (ke-80)
Gini (2015) 36[6]
sederhana
• kerajaan Sukhothai 1238–1368
Kod panggilan +66
Ibu negaradan bandar terbesar Bangkok (Krung Thep)
KDNK (nominal) Anggaran 2021 
• Air (%) 0.4 (2,230 km2)
• Jumlah ▲ $536.841 bilion[5] (ke-25)
Kumpulan etnik (2019)[2]